SUARA ITU

March 10th, 2008 by madzani

suara itu penuh keramat
ianya memecah keheningan subuh pagi
telah mengubah satu per satu
mengambil tangan ke tangan
melakar sejarah berdekad
melempar senyuman sinis
menitip suara tangisan kesyukuran kepadaNya
munajat, takbir, tahmid dan zikirrullah
 
Suara itu penuh perubahan
mengubah kesombongan, bongkak dan taghut
meroboh kejahilan, kebiadapan dan takbur
membina kedamaian, keamanan dan keinsafan
melakar sejarah masa depan penuh makna
 
 
Terkedu seketika mendengar suara itu
terkelu tanpa bicara mendengar suara itu
terkaku berdiri mendengar suara itu
 
Suara itu melata tempatnya
dari hujung ke hujung
dari atas ke bawah
dari tepi ke tepi
sudut ke sudut
melaungkan keramatnya
membuat pengakuan dirinya
“akulah suara rakyat”

 

 

9 Mac 2008

Portal Madzani Saidie - ERTI HUJAN INI

March 9th, 2008 by madzani

Petir guruh dan mendung itu
Telah mampu mengajar manusia jahil
Berjimat sebelum habis berhemat sebelum kena
Mengira bangsa dari titis darah kecil
Mendampingi sibapa di danau-danau sepi
Mendodoi ibu-ibu yang terlena enak
Mengejutkan satu petanda wahan abangsa mula bangkit
Dari alam penuh jerih dilatih

Renyai tadi menitis dari lelengit kebiruan
Tersejat dari keringat pertarungan setahun
Dilembah-lembah penuh dugaan dan cabaran
Mengembangkan potensi diri yang terpendam
Mengeluarkan suara dari rongga padu
Menitiskan peluh-peluh keriangan
Untuk membasahi bumi pertiwi Malaysia
Menanti mentari terbit mengeringkan bumi basah
Dari renyai yang tak seberapa

Rupanya renyai tadi bertambah lebat
Hujan melimpahi bumi bertuah
Mengairi sawah-sawah bendang
Menyirami pepohon nan hijau yang menjadi belantara
Menyusuri alur-alur dan sungai-sungai
Di dalamnya ada ikan-ikan berenang keriangan
Melimpah ruah hingga kelautan luas terbentang
Memenuhi tasik-tasik kolah dan perigi yang kering
Membasahi leher-leher kehausan
Menyejukkan bumi kering kekontangan
Memandikan haiwan-haiwan yang bertempeliaran

Hujan ini
Terlalu tegar untuk dinilai
Oleh manusia jahil yang terlalu daif ilmu
Nelayan sudah tidak mampu ke laut
Pakaian basahan semalam sudah tidak kering
Anak-anak kecil ditegah bermain kerana demam semalaman
Lesesakan jalan dibandar-bandar besar jalanan sempit
Bawang-bawang sudah membusuk diairi
Kelodak-kelodak lumpur berlarian menuruni lembah
Dari tangan-tangan pemaju terbuka
Jalan-jalan kampung berlumpuran mengotori seluar-seluar mewah
Konsert-konsert terbuka ditangguh sebentar kejap
Padang-padang menjadi becak dan licin
Pertemuan dan perhimpunan menjadi hambar
Hanya kerana hujan ini

Hujan ini sudah terlalu lama tercurah
Tiada tanda-tanda berhenti rehat
Walau angin bertiup kencang
Hujan ini mencurah tanpa henti
Tanam-tanaman cepat mengakar bercambah dan mekar
Agar boleh dinikmati cepat
Mengganti pepohon yang telah tua
Menghakis kotoran-kotoran dipermukaan
Berdaya
Tahan
Maju dan
Kukuh
Menguji ketahanan menunjukkan pemuka yang tersembunyi
Di balik-balik kertas topeng-topeng kepura-puraan

Hujan ini menjadi banjir
Menenggelamkan sifat zalim dan kekejaman
Menimbulkan rasa kemanusiaan sebenar
Menghilangkan rasa takut dan gerun
Dari detik-detik sejarah silam
Dari latar-latar kepalsuan kehidupan
Menjadi batas-batas pemisah
Bajir ini terlalu besar untuk dihalangi
Merobohkan rumah-rumah kejahilan
Menghanyutkan sampah-sampah bertebaran
Menjernihkan kekeruhan muara
Dari bukit-bukit kebaktian bangsa
Menunjuk arah alir sungai
Membenam keegoan semalam
Menceritakan kekuasaan Ilahi
Atas rahmat dan alam ini

Lihat hujan itu menitik
Disaksikan oleh insan berbakti
Dari dekat sudah ada pemerhatinya
Mengindahkan hujan itu dari panas terik
Mensyukuri nikmat ilahi turunnya hujan ini
Menjadi pelangi-pelangi mewarnai alam ini
Dari bukit-bukit tinggi ku melihat engkau tersenyum
Dibawah mu sudah ada mata-mata yang mendongak
Dari awan-awan yang berarak gagah dan indah sekali

Hujan ini kelak reda sementara
Menunggu keringat-keringat yang akan tersejat semula
Untuk membanjiri alam ini semula
Untuk anak pertiwi bumi ini
Yang kelak keringat mereka juga tersejat
Dan kirta melihat ia merintik semula
Terus membersih alam ini
Dan kita menjadi pemerhati setia

Portal Madzani Saidie - ERTI HUJAN INI.

Portal Madzani Saidie - JANJI GURU

March 9th, 2008 by madzani

Hidup seorang guru sungguh bahagia

Terkenang jasa diluput tidak

Tapi pena orang luar

Bila berbicara soal guru

Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah

Siang pergi malam kerja

Aku kata guru itu mudah

Siang bergaji malam bahagia

Pagi tak pernah rugi

Malam tidurpun selesa

Orang kata guru itu penat

Gaji tak seberapa kerja berlambak

Aku kata guru itu rehat

Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat

Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat

Ilmu yang dicurah tak dapat disekat

Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan

Setiap tahun muka sama setiap bulan

Aku kata guru itu singguh riang

Sekali berkata murid ketawa girang

Bila berjaya murid terus menjulang

Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi

Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni

Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi

Aku kata guru itu “happy”

Jasa bakti dipercayai

Masuk kedalam hutan untuk berbakti

Pada bangsa anak pertiwi

Agak kelak menabur bakti

Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah

Orang berkereta mewah berbatunya rumah

Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena

Aku kata guru itu senang

Kereta tak ada tak bayar hutang

Rumah sederhana berhati tenang

Tidur lena pencuri tak datang

Tak dapat pindah bukan penghalang

Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata

Kalau hati sudah dimahkota

Janji guru janji dikota

Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta

Jangan takut bila dikata

Janji kita harus dikota

Luput tidak diingat dikata.

Portal Madzani Saidie - JANJI GURU.

Portal Madzani Saidie - TELEKONG BARU DAN TELEKONG USANG

March 9th, 2008 by madzani

TELEKONG BARU DAN TELEKONG USANG

Telekong Baru
ianya masih bersih tak berguna
tersimpan sekian lama dalam bungkusan
wajahnya masih putih tanpa kekotoran
menyenangkan pemakainya

Telekong Usang
lunyai penuh dengan bintik-bintik kehitaman
pudar sekian lamanya terpakai
wajahnya kusam berkali-kali lipatan
kurang serinya sesiapa melihatnya

Telekong Baru
bukan tanda satu ibadah
bukan pula sebagai perhiasan
cuma sebagai pengganti pada yang usang
terpulang pada pemakai
apa dihajati

Telekong Usang
Penunjuk satu perubahan hidup
tanda-tanda kerahmatan dipohon sepenuhnya
tanda-tanda disanalah bermulanya
suatu kesyukuran

Telekong baru menukar telekong lama
biarlah ia begitu sahaja
tidak beria tidak berkata
penuhilah ia dengan kata hati
bahawa ia sekadar kain
untuk memohon kerahmatanNya

Portal Madzani Saidie - TELEKONG BARU DAN TELEKONG USANG.

Portal Madzani Saidie - LIMA EMPAT PULUH LIMA

March 9th, 2008 by madzani

LIMA EMPAT PULUH LIMA

Terdengar sayup suara azan
terkedu seketika mengenang semalam
membina hidup dalam kelam
mencari sedikit kedarjatan untuk diselam
hingga terlupa asas keimanan

lima empat puluh lima baru tersedar
antara mamai dan tidur kepala berligar
perlu diterus atau biarkan pudar
menunggu waktu terus berputar
hingga sampai waktu sebenar
waktu itulah tujuh tujuh

Aku masih bertahan hingga tika ini
mencari sesuatu yang sudah pasti
namun makin kudekati terasa semakin jauh ia berlari
tak terkejar
tak terkejar
tak terkejar hingga bila-bila
hinggalah waktu itu
terdengar suara bergema

aku rasakan hampir hilang arah
dalam mencari sedikit rahmat
untukku hadir dengan tenang dalam penghakiman
seperti insan lain

walau lima empat puluh lima hingga ke tujuh tujuh
semuanya seia sekata
perlu diteruskan
walau tanpa pengisian
kerana ia tetap kewajipan
untuk mencari sedikit rahmatNya

Portal Madzani Saidie - LIMA EMPAT PULUH LIMA.

Portal Madzani Saidie - SEMUSIM YANG BERLALU

March 9th, 2008 by madzani

Terlalu perit perjalanan hidup ini
Terlalu berat kaki ini melangkah
Menyunjungi bait-bait perjuangan
Yang tak lekang dengan mehnah
Yang terlalu daif dalam kealpaan
Mencari realiti diri
Yang kian pudar dalam jiwa
Pedih tak terhingga
Menanti sebuah perjungan
Dipersada sementara
Tanpa mengenal erti derita
Semusim yang berlalu pergi

Portal Madzani Saidie - SEMUSIM YANG BERLALU.

Portal Madzani Saidie - KAU MENCORAK HIDUPMU

March 9th, 2008 by madzani

Didepanmu terlampir helaian-helaian kertas bercetak
Dari huruf ke angka membawa makna
Perjalananmu telah bermula disini
Mengejar helaian-helaian kertas anugerah
Yang menghadirkan kau disini
Duduk dan menulis dengan khusyuk
Setelah sekian lama engkau sediakan

Pekaian putihmu dan seragam seperti sepasukan bangau
Tanda itulah hidupmu
Mencorak sendiri warna-warna kain itu
Sehingga ia lusuh tidak bermakna kelak
Masa itu adakah hidupmu seperti ini
Atau telah bertambah elok dan buruk

Ditanganmu engkau memegang pedang
Yang mampu membina kemesraan
Juga boleh membawa binasa kemanusiaan
Gah memegang helaian dan pedang
Kerana engkaulah sri kandi sri kanda pertiwi

Aku melihat kerurt-kerut didahimu
Kkerana senang atau susah bagimu
Sebagaimana orang-orang malang diluar itu
Yang susah lupa dimana ia berada
Kerana tandusnya pengalaman itu.

Senyuman manismu itu
Tanda-tanda tenang dihatimu
Menerima hakikat itu kelak
Antara helai ketawa atau meratap sedih
Dalam perjalanan ini

Sekarang ini engkau jauh memandang kehadapan
Menerobosi dinding batu itu
Melihat warna-warna masa depan
Sebelum kau melangkah pergi selamanya
Kerana kaulah pelukis setia
Yang sedang memilih warna

Apa lagi kau tunggi
Habiskan libasan-libasan itu
Hingga saaat hayatnya masa berakhir
Dan aku tidak lagi melihat kerut-kerut itu
Ketika aku berlalu pergi
Kau tersenyum dan mengucap salam

Portal Madzani Saidie - KAU MENCORAK HIDUPMU.

Portal Madzani Saidie - NUR KEINSAFAN

March 9th, 2008 by madzani

“ummu aku mengenali dirimu”
ditengah malam gelap sunyi
hanya rewang-rewang berkeliaran mencari redha Ilahi menginsafi diri
umar melihat tubuh-tubuh wanita solehah
berjalan beruraian rerambut
lagak seorang wanita
bergegasan tanpa hijab

berturunanlah cahaya Ilahi termaktub disurah dua puluh empat
tersusun indah KalammuLlah
hukum berhijab menjadi aturan
hidup=hidup seorang insan
bermaruah suci yang terjaga indah
ayat ke tiga puluh seayat lagi
terbawa ke akhir-akhir zaman ini

“Katakanlah
kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka
daripada memandang yang haram
dan memelihara kehormatan mereka
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang mereka kerjakan.”

Teguran lembut penuh makna
Tertusuk mata berdosa merana
Tertanggung dipundak melihat dilihat
Sehelai demi sehelai terbelah tujuh
Perjalanan ke jannah kalbu dihasut
Wanita beriman sentiasa dimadah
Beringatlah tika ada

“katakanlah
kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka
daripada memandang yang haram
dan memelihara kehormatan mereka
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka”

alangkah indah susunan KalammuLlah
larangan ditegah disuruh beriman
tudung hijab diri
memelihara mata
dari mata-mata syaitan durjana
laknatuLlah sepanjang zaman

Sekarang
Tudung bukan sebagai hukum
Tudung bukan lagi hijab
Tudung itulah hiasan
Tudung itulah penggoda
Diperlekeh dipergurau
Dilanyak tanpa dihirau
Kerana sudah tiada siapa
Dibumi Ilahi terindah ini
Umar menegur dimalam gelap
Memelihara diri maruah dan peribadi
Dihiasi dengan keimanan kepada Ilahi
“amal ma’aruf nahi mungkar”
untuk sejagatan dunia fana
menuju jannah bersama

di kaca-kaca TV
dijalan-jalan batu
dimana-mana jua
sudah tidak ada malu
malu pada mata-mata jalang
durjana menuju neraka
tanpa sedar
tanpa tahu
terperosok di dunia-dunia dosa
beruraian rambut tanpa hijab

sudah sampai masa ini
kitalah pertiwi penyedar
tudung bukanlah hiasan
tudung tidaklah menggoda
tudung itulah hijab
tudung itulah pembatas
lelaki dan perempuan
soleh dan solehah
moga masa-masa ke jannah
walau tiada ummu penyedar
walau tiada Umar penegur
kerana kitalah hamba Allah
yang beriman itu.

Portal Madzani Saidie - NUR KEINSAFAN.

Portal Madzani Saidie - SAJAK INI

March 9th, 2008 by madzani

Sajak ini
Pernah menjadi bicara kita
Dari luka-luka bicara orang
Kita dilukai madah pedih
Dari bait-bait madah kekesalan
Kita terpisah dibatas keheningan
Dari kelukaan penuh penyesalan
Kita hampir mampi dipisahkan
Madah dan bicara yang terlalu tegar
Melihat kita bersama

Sajak ini
Cuma baris-baris ayat penuh duka
Ditulisi dari pena-pena hitam pekat
Diwarnai manis kenangan lama
Yang menjadi tontonan anak-anak kita
Ibu dan bapanya hampir terpisah
Sajak menjadi pertaruhan
Diberi dan dikembalikan
Hilang bicara sedu ditangisi

Sajak ini
Sudah tidak mampu mengungkapkan kata-kata
Disusun jari meminta maaf
Kelukaan yang tak terhingga
Madah bicara kelukaan
Dari kekasih yang disayangi
Cuma sedikit dilubuk hati

Sajak ini
Sudah tidak perlu kumiliki
Kira kau kumiliki selamanya
Biarlah ia luput dari remang malam
Bicara luka antara kita
Yang telah menitiskan air mata ini
Dari kelopak kasih sayang
Kau kucintai selamanya

Sajak ini
Terlalu pedih untuk kukenangi
Petang sunyi kau merintih disakiti
Dari surat-surat tanpa helaian yang kuberi
Cuma mencari penjelasan pasti
Tiada kusangka telah disalaherti
Pasrah hampir disakiti kau dan aku
Yang kasihku cuba pertahankan selama ini
Kerana kau yang kusayangi

Sajak ini
Sudah tidak berguna lagi
Menatap wajah seayumu
Sudah mampu bagiku
Mencoreti berjuta-juta sajak ini
Dari garis-garis sayangmu
Sudah mampu bagiku
Melakarkan berjuta-juta madah
Kerana kau tetap kusayangi
Selamanya sebagaimana sayangmu padaku

Sajak ini
Lahir dari rasa keinsafan menyalahimu
Terluah dari rasa penyesalan melukaimu
Tercoret untuk memberi penjelasan
Dari warkah penuh salah erti
Kerana kau tetapku sayang
Kerana kau tetap kukasihi
Selama hayat ini bersamamu
Kerana kaulah sirna hidupku
Penyuluh impianku

Sajak ini
Kukumpulkan kuserahkan padamu
Tanda kasih dari keinsafanku
Tanda sayang dari penyesalanku
Terimalah sebagai kasihmu padaku
Terimalah sebagai sayangmu padaku
Yang kau miliki selamanya
Bukan sedikit tetapi semuanya
Kerana kitalah insane bertuah
Bertemu dan bercinta
Dari kelukaan lalu
Dan kita terubat kerana kesetiaan
Kita telah bersama mengharunginya
Penguat kasih kita
Selamanya sayang.

Portal Madzani Saidie - SAJAK INI.

Portal Madzani Saidie - HATI MERINTIH RINDU

March 9th, 2008 by madzani

Ditengah malam sunyi ini
Masih termanggu dalam keseorangan
Sinar mentari dinanti menerangi alam maya
Pengharapan sebuah impian indah
Tanpa wajah disebalik perasaan pedih
Merasa cemburu diantara kasih dan kawan
Yang belum terasa selama ini
Disebalik suatu nama didepannya

Dua pagi ini aku masih bersendirian
Antara malam gelap dan terang lampu
Yang pastinya perasaan ini terpisah jauh
Aku dan dia menjadui pertaruhan citra
Naluri terluka berdarah kembali
Gundah kehilangan insan tersayang

Runtunan hati ini
Entah kenapa, dalam sesingkat waktu
Zahirnya kuluahkan semuanya
Ampuh suatu rasa cemburu tak bertempat
Wajah tak kelihatan ini sungguh duka
Andaian demi andaian kucungkilkan mencari jawapan
Natijahnya sungguh sulit
Insaf bukan pilihan pertama

Bisakah aku memilikimu dalam kerelaanmu
Intimnya perasaan kasih dan cemburu
Nak kunafi tak terdaya
Tidurku tak lena mata tetap segar dalam mimpi
Indahnya wajahmu tak mampu ku lupai

Aku dan engkau ditakdirkan berkasih
Bagai isi dan kuku saling bersatu
Akhirnya teriring ke akhir hayat
Nian mentari ternyala tak terpadam
Gelaplah dunia bila tak kesampaian

Bilakan kita akan bersama selamanya
Akad yang dikejar terlalu jauh
Kasihku masih tak pudar padamu sayang
Engkau kupastikan dimiliki diri ini
Ranjau berduri kutempuhi walau berdarah kembali
Impian kan terlaksana kitakan bersama

Sayang
Aku bagaikan persis dijalanan berduri
Yang melukai raut-raut tapak mulus ini
Andainya kutahu perjalanan ini terlalu gersang
Nak kuselitkan kebencian yang gagal
Gagal jua harus kuterima padahnya
Nyawa dipertaruhkan dalam permainan ini
Yang bukan satu gurauan khayalan
Alpa dalam hidup membinasa diri

Apa lagi perlu kulakukan
Kubuktikan pada dirimu
Untuk meluahkan segalanya

Pada bait-bait renyuk ini
Asuhan rasa benci dalam sayang
Dari kisah-kisah penuh luka
Andainya kau menyedari sayangku
Mulanya berputik kemudian bercambah
Untuk menyuntingmu permaisuri hatiku

Sakitnya hati ini
Elakan demi elakan rupanya berpadanan
Lupakan dirimu tidak tertunai jua
Arus sayang ini terlal kuat mendesakku
Mana mungkin kehilanganmu
Amat menyayangimu dalam naluriku
Namamu terpahat disanubariku
Yang sekian lama kulukiskan
Akulah kelak milikmu, sayang…………..

Portal Madzani Saidie - HATI MERINTIH RINDU.